Statement on Tahfiz Fires

[English version below]

 

Kami, mahasiswa-mahasiswa penggerak Malaysian Progressives Australia (MPOZ) ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) yang telah mengorbankan 25 nyawa. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan bomba yang sentiasa bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawa dalam kebakaran khususnya pada hari kejadian.

 

Semenjak 2 minggu lalu, pelbagai aspek berkenaan kebakaran tahfiz tersebut telah dikupas dan dibincangkan oleh masyarakat umum. Di sini, kami ingin menambah beberapa perkara kepada perbincangan sediada dengan mengutarakan beberapa persoalan tentang keselamatan, jenayah dan polisi kawalan dadah.

 

Keselamatan Api

 

Tragedi kebakaran ini sepatutnya dapat dielakkan dengan rangka kawalselia keselamatan sekolah yang lebih ketat dalam sistem pendidikan negara. Malah, kejadian ini bukanlah yang pertama seumpamanya kerana telah terdapat beberapa kes kebakaran asrama yang meragut nyawa sebilangan pelajar sebelum ini seperti yang berlaku di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah pada tahun 1989 dan Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah pada tahun 2015. Malahan sebanyak 211 kebakaran direkodkan berlaku di sekolah-sekolah swasta semenjak tahun 2015 yang hampir mengancam nyawa mereka yang tidak berdosa. Satu audit yang dijalankan baru-baru ini di Melaka mendapati hanya 3 daripada 38 buah sekolah tahfiz menepati piawaian keselamatan api kerana kebanyakan sekolah-sekolah ini beroperasi di rumah-rumah kediaman dan masjid.

 

Selain itu, pihak polis telah menutup kes kebakaran DQI sejurus selepas penahanan 7 orang remaja yang dipercayai membakar sekolah tersebut berikutan perbalahan dengan beberapa orang pelajar DQI. Susulan daripada itu, pihak penyelia tahfiz dilihat menggunakan penahanan tersebut sebagai peluang untuk membebaskan diri daripada dipertanggungjawabkan. Mereka menekankan bahawa ianya berpunca daripada pembakaran dengan sengaja dan bukannya disebabkan kecuaian daripada pihak sekolah.

 

Masalahnya, keadaan bangunan tersebut telah menyebabkan kebakaran itu lebih mudah merebak. Tambahan pula, kekurangan ciri-ciri keselamatan seperti ketiadaan jalan keluar untuk kecemasan, kekurangan alat pemadam api, gerigi besi di tingkap-tingkap yang tidak boleh dibuka dan kepadatan penghuni di dalamnya lebih menerukkan keadaan. Sekiranya ciri-ciri keselamatan ini dititikberatkan, para pelajar dapat segera dibangunkan oleh penggera kebakaran dan keluar ke tempat berkumpul yang selamat sebelum api marak.

 

DQI dikatakan masih dalam proses permohonan permit keselamatan api, namun (sepatutnya) tiada satu pun bangunan di negara ini, baik swasta ataupun kerajaan, diduduki tanpa memperoleh permit tersebut terlebih dahulu. Perkara ini adalah tanggungjawab pemilik bangunan, ejen keselamatan kebakaran dan kerajaan setempat. Sekiranya pemilik bangunan tidak mampu mendapatkan khidmat yang diperlukan, bantuan seharusnya dihulurkan untuk memastikan keselamatan pengguna tidak dikompromi.

 

Sepatutnya, Malaysia belajar daripada kejadian kebakaran Grenfell Tower di Britain awal tahun ini. Masa tindakbalas yang segera tidaklah begitu berguna sekiranya ciri-ciri keselamatan api sesebuah bangunan tidak mencapai piawaian. Pihak berkuasa perlu memastikan sumber yang cukup bagi membolehkan pasukan bomba melakukan pemeriksaan rutin ke atas ciri-ciri keselamatan sesebuah bangunan terutamanya bagi kawasan perumahan berpendapatan rendah di mana kualiti binaannya lebih rendah serta kurangnya tahap pendidikan dan kesedaran penduduk tentang aspek keselamatan membuatkan kejiranan seperti ini berisiko tinggi. Pihak berkuasa seharusnya memandang bahawa penggunaan wang cukai bagi memastikan keselamatan bangunan itu sebagai satu pelaburan bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang merupakan modal insan untuk negara dan masyarakat.

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan beberapa pihak telah memberikan amaran kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan fitnah terhadap agama Islam dan sistem sekolah tahfiz berikutan kebakaran DQI. Apa yang mereka gagal lihat adalah, kemarahan orang ramai bukanlah tertuju kepada Islam mahupun sistem sekolah tahfiz, tetapi sikap tidak bertanggungjawab penyelia sekolah tersebut. Sehingga hari ini, masih tidak jelas bilakah keluarga pelajar-pelajar yang terkorban akan menerima wang sumbangan masyarakat dan kerajaan yang diterima oleh pihak tahfiz. Harus ditekankan di sini bahawa agama bukanlah perisai untuk seseorang itu dikecualikan daripada tanggungjawab. Majoriti rakyat Malaysia menyokong peraturan baru dan menuntut semua sekolah dan jabatan bomba diberikan segala keperluan untuk memastikan semua penduduk selamat daripada kebakaran.

 

Jenayah

 

Pihak polis telah menyimpulkan bahawa pembakaran dengan sengaja di DQI adalah akibat daripada perbalahan antara remaja dan pelajar DQI. Tetapi, sebelum kita melatah dan menyalahkan dadah sebagai satu-satunya dalang yang membawa kepada kematian pelajar-pelajar DQI. Lupakah kita akan kematian T. Nhaveen dan kadet tentera laut UPNM Zulfarhan Osman? Kedua-dua remaja ini terkorban akibat perbuatan buli oleh rakan-rakan seangkatan dengan mereka yang tidak berada di bawah pengaruh dadah.

 

Apa yang kita sedang saksikan daripada kesemua tragedi ini hanyalah permukaan masalah buli yang lebih dalam yang menjejaskan kehidupan 84% murid sekolah di mana hampir 45% daripada pelajar-pelajar Malaysia mengaku melakukannya sendiri. Sehingga kita menangani masalah sebenar di sebalik isu sosial seperti peminggiran dan sikap tidak bertoleransi dalam masyarakat, anak-anak yang tidak berdosa akan terus menjadi mangsa.

 

Kita harus meneliti apakah yang benar-benar terjadi di antara pelajar-pelajar DQI dan remaja-remaja yang membakar sekolah tersebut. Kami mengharapkan bahawa kedua-dua pihak yakni mangsa-mangsa kebakaran dan remaja-remaja yang ditahan mendapat sokongan psikiatrik sepanjang proses penyiasatan dan pemulihan. Kami ingin menekankan seruan UNICEF Malaysia agar semua pihak yang terlibat fokus untuk memulihkan kedudukan remaja-remaja ini dalam masyarakat bukannya semata-mata mengharapkan hukuman ke atas mereka.

 

Lebih daripada itu, kita perlu melihat kembali bagaimana anak-anak ini dididik di sekolah dan di rumah. Para pelajar kini menghadapi tekanan yang tinggi dan persaingan yang sangat sengit. Mereka mudah dikecam dan dihukum oleh masyarakat sekeliling sekiranya apa yang mereka melakukan berbeza atau luar daripada norma masyarakat. Pada masa yang sama, mereka memerhatikan syakwasangka dan perkelahian di antara orang-orang dewasa setiap hari. Mereka sering dipersalahkan kerana sikap penting diri sedangkan apa yang mereka lakukan tidak lain hanyalah terjemahan daripada pemerhatian mereka terhadap orang-orang dewasa. Kebanyakan sekolah, samada sekolah kerajaan, agama dan swasta juga tidak terlepas daripada kelalaian aspek ini.

 

Padahal, kita sedia maklum bahawa perkara-perkara seperti inilah yang membawa kepada kebejatan sosial di negara-negara luar, serta bagaimana perubahan persekitaran sekolah dan masyarakat sekeliling anak-anak muda ini yang lebih positif mampu menyelesaikan masalah tersebut. Masanya sudah tiba untuk sekolah-sekolah dan kurikulum di negara ini menghasilkan yang terbaik daripada anak-anak muda dengan memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada mereka untuk menentukan hala tuju pendidikan mereka agar mereka lebih faham dan matang tentang hidup berdemokrasi. Guru-guru juga memerlukan latihan dan sokongan bagi membolehkan mereka untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh buat anak-anak murid.

 

Polisi Anti-dadah

 

Penemuan bahawa remaja-remaja yang melakukan pembakaran adalah di bawah pengaruh dadah telah mencetuskan gerakbalas bermasalah daripada pihak kerajaan dan pembangkang, yang mengarahkan agar tindakan keras diambil ke atas penyeludup dadah. Pengalaman negara-negara luar selama beberapa dekad telah menunjukkan bahawa isu salahguna dadah sebaiknya ditangani sebagai satu isu sosial dan kesihatan, bukannya masalah undang-undang semata-mata.

 

Malaysia telah lama berusaha untuk membanteras sindiket pengedaran dadah. Namun, penyelewengan yang berleluasa sering membantutkan usaha tersebut. Sehingga permintaan dadah betul-betul berkurang, sindiket seumpama ini akan terus wujud dan sentiasa mengatur langkah baru bagi meneruskan kegiatan mereka di bawah tanah yang hanya menyulitkan lagi usaha-usaha membanteras.

 

Pengawasan yang ketat kejiranan-kejiranan yang disenarai hitam hanya menggari mereka yang terlibat dengan dadah dalam kitaran ganas kemiskinan dan mengasingkan mereka daripada masyarakat umum. Ini membawa kepada ketidakstabilan sosial yang kemudiannya menghasilkan aktiviti-aktiviti jenayah seperti pembakaran sengaja tahfiz DQI. Kita silap jika kita menganggap bahawa kawalan autoritarian dan hukuman berat dapat memperbaiki masalah salahguna dadah.

 

Sekiranya kita serius ingin membanteras masalah dadah, kita mestilah menawarkan khidmat kesihatan yang menyeluruh tanpa diskriminasi terhadap penagih-penagih dadah. Rawatan kesihatan mental tidak patut diabaikan lebih-lebih lagi buat mereka yang mudah terpengaruh dan berisiko tinggi untuk kembali menggunakan dadah. Masalah pengangguran perlu diatasi segara serta pembangunan infrastruktur komuniti perlu diperkukuhkan bagi memastikan semua warga mendapat peluang untuk turut serta dalam masyarakat samada di bidang pekerjaan mahupun rekreasi. Untuk menggalakkan penyertaan yang sihat oleh penagih-penagih dadah dalam aktiviti masyarakat, kita harus mengalihkan perhatian terhadap hukuman ke atas mereka dan mempertimbangkan untuk menyahjenayahkan penggunaan dadah.

 

— ENGLISH VERSION —

 

We at Malaysian Progressives in Australia (MPOZ) send our heartfelt condolences to the victims of the fire at Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) that has claimed a total of 25 lives (as of 14th September 2017). We salute the firefighters who put their lives on the line that day and every day to protect us from fire. Over the past 2 weeks various aspects of the tahfiz fire case have emerged that were not apparent at first, and we want to contribute to the public discussion on these questions of fire safety, crime and drug policy.

 

Fire Safety

 

The completely avoidable incident on 14 September exposes many of the underlying problems within our education system’s regulatory framework. Similar incidents are not alien to Malaysia and have occurred on numerous occasions, with major examples being the 1989 Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah fire and the 2015 Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah fire, both cases claiming a similar number of lives.

 

In fact, there have been a total of 211 such incidents at private schools since 2015. Any one of these other fires, if it had struck at the wrong time, could have killed innocent people. A recently completed audit in Malacca found that only 3 out of 38 tahfiz schools met fire safety standards, because most were operating informally out of homes and mosques.

 

The police have recently closed the fire case after arresting 7 teenagers for allegedly starting the fire after an argument. The leadership of Tahfiz DQI appears to be using this as an opportunity to absolve itself of blame, saying that since it’s an arson case, they didn’t actually cause the fire through negligence.

 

Problem is, the building was still far more flammable than it should have been. It still lacked basic fire safety features: an emergency exit, no fire extinguishing equipment of any kind, grilled windows, only one exit point, and was cramped full of occupants. If the school had been outfitted correctly, the students would have been woken up by a smoke alarm and reached shelter or evacuated well before the fire grew to dangerous size.

 

DQI may have been in the process of applying for a fire permit, but no building in the country, private or public, should be without such a permit. It is up to builders, property owners, the fire agencies and the government to ensure this. Where the owners are unable to afford these measures themselves, assistance should be given.

 

Malaysia must learn the lesson of the Grenfell Tower fire earlier this year in Britain. Good response times are meaningless without properly enforced fire safety standards. If firefighters are saying they don’t have the resources to do routine fire safety checks, they should be given the resources to do so.

 

This is especially true in low-income neighbourhoods where lower building standards and decreased access to education put the residents’ buildings at greater risk. The cost of securing buildings on the public purse is easily made up for by the reduced loss of life and property later on.

 

JAKIM, the Deputy PM’s office and several other parties warned the public against slandering Islam and the tahfiz school system in the immediate aftermath of the fire. But it was clear that the anger directed at the tahfiz was anger at the irresponsibility of the school owners. Even now it seems unclear when the victims’ next of kin will be able to access donations promised to them by the tahfiz and from the government.

 

Faith does not shield anyone from responsibility. The vast majority of Malaysians are supportive of the new regulation and we expect that schools and the fire departments will be provided with what they need to keep the population safe from fire.

 

Crime

 

Police have concluded that the arson at DQI was a case of teasing gone out of of control. But we should not be so quick to blame what happened on the boogeyman of “drugs”. Ganja, or cannabis, does not typically trigger aggression when used. Consider also the lethal hazings of 18-year old T. Nhaveen and of UPNM Navy Cadet Zulfarhan Osman. Both of these boys had their lives brutally cut short by their schoolmates who were decidedly not high or drunk.

 

What we see here is the tip of the bullying iceberg. An extreme instance of something that affects 84% of our schoolchildren and something that just under half (45%) of Malaysian schoolchildren admit to doing themselves. Until we fix the underlying social issues of exclusion and intolerance in wider society that generate these behaviors, innocent children will continue to lose their lives.

 

We will need to find out more about what was said between the tahfiz students and the perpetrators before the fire. We expect that both the victims and the perpetrators will be given psychiatric support throughout this process. We echo the call from UNICEF Malaysia to focus on rehabilitating the perpetrators instead of exacting punishment for punishment’s sake.

 

Furthermore, we need to take a good hard look at how we teach in our schools. Our students grow up in high-pressure, highly-competitive, rigid environments where deviation from the standard is too often punished. Every day our children observe an atmosphere of suspicion and antagonism in the adults around them. Then we judge them when they behave selfishly, but they are only adapting to live in the soulless adult world that we have shown them. The vast majority of our schools, government, religious and private, are guilty of this neglect in some way.

 

We know for a fact these conditions have caused youth social dysfunction in other countries, and that changing the school environment and the society around our children can solve that dysfunction. It’s time to overhaul our schools and curricula to bring out the best in our children, and to hand them a little control so they learn how to live in a democratic society. It’s also time to give our teachers the training they need to support the holistic development of their students.

 

Drug Policy

 

The revelation that the students who lit the fire tested positive for cannabis has triggered a problematic response from both the government and the opposition, calling for a crackdown on drug syndicates. The experience of many other countries over decades has taught us that drug distribution is best treated as a social and healthcare issue rather than a law and order issue.

 

Malaysia has long had a policy of dismantling drug syndicates when they are encountered, but corruption is rampant in these scenarios and even if all goes well, unless demand goes down, the drug syndicates will reorganise and find new ways of selling. Driving things underground has always made them harder to control.

 

The continued policing of affected neighbourhoods will keep them trapped in a vicious cycle of poverty that will only perpetuate the alienation and social dysfunction that led to this fire being lit in the first place. We are mistaken if we believe that tighter policing and harsher punishments will fix the drug problem.

 

If we are serious about tackling drug addiction, we need to offer a non-judgemental healthcare system that treats addiction from start to finish. We need to pair this with mental healthcare to prevent vulnerable people from turning to drug use. We need to tackle unemployment, and invest in community infrastructure to ensure that everybody has ample opportunities to participate in society for work and leisure. And to get existing drug users to participate, we need to start softening penalties for users and eventually decriminalise drug use altogether.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Join our newsletter

Social

MPOZ acknowledges the traditional owners of the land we meet on -

  • the Gadigal people of the Euroa Nation,
  • the Wurundjeri people of the Kulin Nation
  • and the Ngambri people of the Ngunnawal Nations.

We pay respect to the Elders both past and present and extend that respect to other Indigenous Australians past, present and emerging.

The land was never ceded, and the struggle for Aboriginal recognition continues today. Always was, always will be Aboriginal Land.